Tuesday 10 April 2012

Fakta minyak yang disorokkan pakatan rakyat ‎

1)Brazil negara ke 13 pengeluar minyak tetapi harga minyak dinegara tersebut dijual rm4.57. Sebagai perbandingan, malaysia di ranking ke 27 pengeluar.

2) Jumlah subsidi di malaysia adalah antara yang tertinggi iaitu sebanyak 2.4 peratus dari KDNK. Manakala brunei pula sebanyak 2.2 peratus sahaja dari KDNK. Sebagai rekod, KDNK malaysia adalah sebanyak rm682.66 billion manakala brunei jauh lebih kecil sebanyak rm 36.88 billion.

3) Negara2 arab yang merupakan anggota OPEC (pengeluar minyak) mempunyai harga petrol termurah kerana kadar pengeluaran petrol mereka melebihi kadar permintaan. Ini berbeza dengan malaysia kerana kadar permintaan di malaysia melebihi kadar pengeluaran. Malah, malaysia tidak layak menganggotai OPEC

Kesimpulan; ketika kuasa ekonomi seperti china terpaksa tunduk kepada realiti pasaran, malangnya terdapat segelintir diantara kita di malaysia ini kononnya lebih bijak dengan manabur janji dengan mencipta keajaiban "menurunkan harga petrol serta merta". Ini ditambah lagi dengan janji terbaru perlupusan PTPTN, tol dan lain2 akan diambil dari duit subsidi minyak. Apa yang pelik, walaupun janji mereka ini tidak berpijak di bumi yang nyata, berduyun2 rakyat termakan dengan janji2 tersebut termasuklah golongan2 terpelajar.

Kredit kpd @asrafjulia
(y) :)
Msg forwarded by @Leper

Sent from angrybird's BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile

Wednesday 4 April 2012

LHDN sasar pungut cukai RM110 billion tahun iniLHDN sasar pungut cukai RM110 billion tahun ini


4 April 2012

KUALA LUMPUR - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyasarkan pungutan cukai
berjumlah RM110 bilion tahun ini, lebih tinggi daripada RM109.674 bilion
yang dipungut tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar, berkata setiap
tahun kira-kira 50 peratus penerimaan cukai adalah daripada syarikat, 25
peratus daripada petroleum, 17 peratus daripada individu dan selebihnya
daripada bentuk cukai lain.

Beliau berkata berita tentang rancangan Petronas untuk menurunkan dividen
tahunannya kepada kerajaan tidak membimbangkan LHDN kerana pendapatan akan
disumbangkan oleh kawasan-kawasan cari gali minyak baharu.

Mohd Shukor berkata LHDN juga menyasarkan 2.8 juta pembayar cukai yang
bakal menjadi peserta e-filing tahun ini, daripada 2.5 juta yang
menggunakan sistem e-filing tahun lepas.

"Kami juga akan mengemukakan cadangan agar e-filing dijadikan mandatori di
negara ini," katanya selepas Seminar "Money Compass Tax" 2012 di sini hari
ini.

Mohd Shukor berkata penambahbaikan terbaru bagi musim pemfailan 2012 ialah
pengenalan pemfailan mudah alih atau m-filing bagi pembayar cukai individu,
yang merupakan pengubahsuaian kepada e-filing, yang disasarkan kepada
pembayar cukai Generasi X dan Generasi Y yang memiliki telefon pintar.

Beliau berkata pembayar cukai individu yang memilih untuk mengemukakan
borang mereka melalui e-filing kini diberi masa hingga 15 Mei untuk berbuat
demikian.

Sebelum ini, tarikh tutup ditetapkan pada 30 April.- Bernama

Monday 2 April 2012

Dua juta dijangka sertai Himpunan Jutaan Belia bulan depan


Oleh MARZITA ABDULLAH

KUALA LUMPUR 2 April - Seramai dua juta belia dijangka memeriahkan Himpunan Jutaan Belia yang akan berlangsung selama lima hari bermula 23 Mei ini di Putrajaya. Menteri Belia dan Sukan (KBS), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sebanyak 38 segmen disediakan pada himpunan tersebut yang berlangsung bersama-sama Karnival Putrajaya yang merupakan antara 10 karnival terbesar di dunia. Menurut beliau, antara segmen yang disediakan ialah kerohanian, kreatif, teknologi, hiburan dan sukan.

"Sehingga hari ini kita mendapat penyertaan lebih 20,000 belia yang akan menyertai pertandingan futsal pada karnival ini," katanya kepada para pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini. Ahmad Shabery berkata, lebih 500 gerai telah ditempah oleh pelbagai pihak namun sehingga hari ini pihaknya masih menerima permohonan daripada orang ramai yang ingin menempah gerai-gerai tersebut. - UTUSAN

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0402&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_11.htm